Bagaimana Membuat Slax Linux Live USB Menggunakan UNetbootin


Setelah kita mengenali "Apa itu Slax?" secara ringkas sebelum ini, kini kita akan mempelajari bagaimana caranya untuk menghasilkan pemacu Live USB Slax menggunakan UNetbootin. Untuk pengetahuan anda, panduan membuat live usb Slax ini menggunakan Peppermint Linux yang juga berasaskan kepada sistem pengoperasian Ubuntu.


1. Muat turun fail ISO

Pergi ke laman web Slax untuk memuat turun fail ISO-nya atau klik pautan di bawah mengikut kesesuaian senibina sistem komputer anda:

NameVersionDownloadSizeChangelog
Slax 64bit9.11.0slax-64bit-9.11.0.iso264 MBchangelog
Slax 32bit9.11.0slax-32bit-9.11.0.iso270 MBchangelog

Nota: Jika anda inginkan versi terbaru yang masih dalam peringkat beta, anda boleh ke laman web tersebut untuk mendapatkannya, tetapi ingat, panduan ini menggunakan Slax versi 9.11.0.

Ok.. Di samping itu sambil kita menunggu ia selesai dimuat turun, kita bolehlah mulakan aturan penyediaan pemacu denyar USB kita.


1.1. Penyediaan Pemacu USB

Pasangkan pemacu denyar usb ke komputer anda dan biarkan dalam keadaan ternyahpasang (unmounted). Tetapi jika ia terpasang (mounted) secara automatik, jalankan arahan berikut memeriksa kemana ia telah dipasangkan (mounted):

lsblk | less

Kemudian tekan kekunci Enter atau anda boleh gunakan arahan di bawah ini iaitu:

df -h | less

Dan hasilnya anda boleh dilihat seperti paparan gambarajah di bawah ini.

Amaran: Direktori dimana pemacu USB anda dipasangkan (mounted) tidak sama dalam paparan di atas, ia hanya sebagai contoh dan anda perlu memastikannya menggunakan panduan dan arahan yang telah diberikan.
Gunakan kekunci arah untuk mentatal ke bahagian bawah paparan, dan tekan kekunci Q untuk keluar dari paparan tersebut. Kemudian jalankan arahan berikut untuk nyahpasangkannya (unmounted):

sudo umount /media/thenone/739C-A7F3
[sudo] password for thenone:

Taipkan katalaluan anda dan tekan kekunci Enter
Perhatian: Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda. Katalaluan yang anda taipkan akan tetap sama sekali tidak kelihatan, bahkan titik sekalipun tidak akan ditunjukkan, ini adalah perkara biasa. Tekan kekunci Enter setelah memasukkan katalaluan anda di terminal.


2. Membuat Sistem Fail

Setelah kita memastikan bahawa pemacu USB telah dinyahpasangkan (unmounted), kini kita akan memformat pemacu tersebut bagi membuat sistem fail ke pemacu USB dengan menjalankan arahan berikut:

sudo mkfs.vfat /dev/sdb1
sudo syslinux --install /dev/sdb1


3. Pasangkan (Mount) Pemacu USB

Buatkan satu direktori sementara bernama slax ke dalam direktori /mnt dengan menjalankan arahan berikut:

sudo mkdir /mnt/slax

Selepas itu pasangkannya (mount) ke direktori sementara tersebut dengan arahan berikut:

sudo mount /dev/sdb1 /mnt/slax
[sudo] password for thenone:

Taipkan katalaluan anda kemudian tekan kekunci Enter


4. Muat turun program UNetbootin

UNetbootin http://unetbootin.github.io/ adalah utiliti merentas platform yang dapat membuat sistem USB Langsung dan dapat memuat pelbagai utiliti sistem atau memasang pelbagai pengedaran Linux dan sistem operasi lain tanpa CD.

Untuk memuat turun program perisian UNetbootin mengikut kesesuaian sistem anda, sila klik pautan butang di bawah ini:


Atau anda boleh pergi ke laman web mereka untuk mendapatkan versi terkini di pautan berikut: UNetbootin Download Page

Jika anda lebih suka menggunakan terminal, jalankan arahan berikut (gunakan teknik salin dan tampal untuk elak kesilapan):

wget https://github.com/unetbootin/unetbootin/releases/download/677/unetbootin-linux64-677.bin

Kemudian sesudah selesai memuat turun, namakan semula fail tersebut seperti berikut:

mv unetbootin-linux64-677.bin unetbootin-linux


5. Jalankan UNetbootin

Untuk menjalankan program UNetbootin setelah selesai melaksanakan langkah terdahulu, sekarang jalankan arahan berikut bagi menukar mod fail kepada executable:

chmod +x ./unetbootin-linux

kemudian taipkan arahan seperti di bawah untuk menjalankannya:

sudo ./unetbootin-linux
[sudo] password for thenone:

Taipkan katalaluan anda kemudian tekan kekunci Enter

Anda akan dipamerkan dengan paparan berikut.



6. Laksanakan Proses Penyalinan

Klik pada button radio Diskimage dan klik butang browse ... untuk menyemak lokasi fail ISO Slax yang ada telah muat turun pada langkah sebelumnya.


Setelah anda selesai membuat penetapan fail ISO, pilih jenis pemacu iaitu [ USB ] dan turutan pemacu, dan dalam contoh ini ia adalah [ /dev/sdb1 ] kemudian klik butang OK untuk menjalankan proses penyalinan fail ISO Slax ke pemacu USB anda.

Ingat: Anda mesti memasang (mount) pemacu USB /dev/sdb1 terlebih dahulu ke mountpointnya. Kebanyakkan Distro Linux akan melakukan hal ini secara automatik setelah anda mengeluar dan memasukkan semula pemacu USB tersebut.


Selepas selesai menyalin klik butang Exit , kemudian pergi ke direktori /mnt/slax untuk pengesahan:

cd /mnt/slax
ls -la
total 10240
drwxr-xr-x 3 root root 4096 Jan 1 1970 .
drwxr-xr-x 5 root root 4096 Mei 1 02:42 ..
-r-xr-xr-x 1 root root 115812 Mei 1 2020 ldlinux.c32
-r-xr-xr-x 1 root root 32768 Mei 1 2020 ldlinux.sys
-rwxr-xr-x 1 root root 60928 Mei 1 02:44 menu.c32
-rwxr-xr-x 1 root root 823 Sep 14 2019 readme.txt
drwxr-xr-x 5 root root 4096 Mei 1 02:43 slax
-rwxr-xr-x 1 root root 888 Mei 1 02:44 syslinux.cfg
-rwxr-xr-x 1 root root 603 Mei 1 02:43 ubnfilel.txt
-rwxr-xr-x 1 root root 5989844 Sep 14 2019 ubninit
-rwxr-xr-x 1 root root 4249376 Sep 12 2019 ubnkern
-rwxr-xr-x 1 root root 41 Mei 1 02:43 ubnpathl.txt


7. Menjalankan Boot Script

Pergi ke boot direktori menggunakan arahan berikut:

cd /mnt/slax/slax/boot

dan taip arahan seperti di bawah ini untuk menjalankan script tersebut:

sudo ./bootinst.sh
[sudo] password for thenone:

Taipkan katalaluan dan tekan kekunci Enter. Kemudian anda akan dipaparkan dengan mesej seperti berikut pada tetingkap terminalnya.


Tekan kekunci Enter untuk meneruskan.


Setelah selesai, tekan kekunci Enter.


8. Nyahpasangkan Pemacu USB

Setelah langkah menjalankan script tersebut selesai, nyahpasangkan pemacu USB anda dari direktori tersebut, dan jangan lupa untuk keluar terlebih dahulu daripada direktori semasa yang anda sedang berada:

cd ~
sudo umount /mnt/slax
[sudo] password for thenone:

Taipkan katalaluan dan tekan kekunci Enter

Sekarang pemacu LIVE USB Slax anda telah sedia untuk beraksi, selamat berjaya.. InsyaAllah..


Wallahu a'lam..
Perhatian: Kami tidak akan bertanggungjawap atas sebarang kejadian atau kesan yang dialami oleh anda dan sistem anda. Segala panduan yang terdapat dalam laman blog ini adalah bersifat ujikaji dan pendidikan semata-mata. Anda bertanggungjawap sepenuhnya atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap sistem anda. Sekian harap maklum.. ~ Admin Malaya Linux
Reactions

Post a Comment

0 Comments