Bagaimana Cara Memperbaiki Ralat ‘E: Could not get lock /var/lib/dpkg/lock’ dalam Ubuntu Linux


Semasa menggunakan perintah apt-get atau alat pengurusan pakej APT dalam Ubuntu Linux atau turunannya seperti Linux Mint, Zorin OS, Peppermint OS atau mana-mana sahaja Edaran atau Distro yang berasaskan kepada Ubuntu Linux, anda mungkin mengalami ralat - "E: Unable to lock the administration directory (/var/lib/dpkg/), is another process using it?” pada baris perintah tetingkap terminal anda.

Baru-baru ini saya mengalami masalah tersebut apabila cuba melakukan pemasangan perisian Pluma:

$ sudo apt install pluma
[sudo] password for user:
E: Could not get lock /var/lib/dpkg/lock-frontend - open (11: Resource temporarily unavailable)
E: Unable to acquire the dpkg frontend lock (/var/lib/dpkg/lock-frontend), is another process using it?

Nota: Antara punca anda berhadapan dengan ralat ini kerana beberapa program lain cuba mengemas kini sistem pengoperasian Ubuntu Linux anda. Apabila arahan atau aplikasi mengemas kini sistem atau memasang perisian baru, ia akan mengunci fail dpkg (Debian package manager).

Penguncian ini dilakukan supaya dua proses tidak mengubah kandungan pada masa yang sama kerana boleh menyebabkan situasi yang tidak beralasan dan kemungkinan sistem yang rosak.


Cara Memperbaiki Ralat “Unable to lock the administration directory (/var/lib/dpkg/)”

Bagaimanakah anda dapat mengatasi kesilapan tersebut sekiranya anda menghadapinya suatu masa nanti? Terdapat beberapa cara untuk mengatasi ralat ini, tetapi dalam panduan ini, kita akan melalui dua kaedah paling mudah dan paling berkesan untuk menyelesaikannya.


1. Cari dan Kill kesemua program apt-get atau proses apt

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah memeriksa apakah terdapat sesuatu program lain yang sedang menjalankan proses kemas kini sistem atau pemasang program.

Sekiranya tidak ada aplikasi yang sedang berjalan, periksa semua tetingkap terminal yang sedang terbuka dan lihat apakah anda menjalankan proses kemas kini atau memasang program lain. Sekiranya ya, tunggu sehingga selesai.

Sekiranya perkara yang dinyatakan seperti di atas tidak berlaku, cuba periksa proses lain yang menjalankan perintah apt (pengurus pakej untuk mengendalikan perisian). Gunakan arahan ini:

$ ps -A | grep apt

Arahan di atas akan memaparkan nombor proses program tersebut seperti di bawah ini:

$ ps -A | grep apt
8853 pts/1 00:00:00 apt

Sekiranya anda melihat bahawa apt digunakan oleh program seperti apt.systemd.daily update, anda bernasib baik. Ini kerena ia adalah daemon yang berjalan di latar belakang dan memeriksa kemas kini sistem secara automatik semasa anda memulakan sistem anda.

Dalam Ubuntu 18.04 dan versi yang lebih tinggi, ia mungkin sedang cuba memuat turun dan memasang kemas kini keselamatan penting dengan sendirinya. Sekurang-kurangnya inilah yang saya lihat dalam tetapan lalai dalam alatan [Software & Updates] kini di desktop Ubuntu.

Seterusnya untuk setiap proses apt-get atau apt yang dapat anda lihat dalam output perintah di atas, jalankan arahan kill setiap proses menggunakan perintah di bawah.

ID proses (PID) terdapat di lajur pertama dari tangkapan skrin di atas.

$ sudo kill -9 processnumber
Atau
$ sudo kill -SIGKILL processnumber

Dalam contoh arahan di atas, opsyen [-9] adalah nombor isyarat menggantikan opsyen [-SIGKILL], ia akan membunuh proses apt yang pertama seperti contoh di bawah ini:

$ sudo kill -9 8853
Atau
$ sudo kill -SIGKILL 8853


2. Padam Fail-Fail Yang Terkunci

Fail yang terkunci hanya menghalang akses ke fail-fail lain atau beberapa data pada sistem Linux anda, konsep ini terdapat di Windows dan sistem operasi lain juga.

Sebaik sahaja anda menjalankan perintah apt-get atau apt, fail kunci tercipta pada mana-mana direktori yang dinyatakan ini iaitu /var/lib/apt/list/ dan /var/lib/dpkg/ serta /var/cache/apt/archives/.

Ini adalah bertujuan untuk membantu mengelakkan proses apt-get atau apt yang sudah berjalan daripada terganggu oleh pengguna atau proses sistem lain yang perlu berfungsi dengan fail yang digunakan oleh apt-get atau apt. Apabila proses selesai dijalankan, fail kunci kemudian dihapus.

Perhatian: Sekiranya penguncian fail masih berlaku dalam dua direktori di atas tanpa terdapat mana-mana proses apt-get atau apt yang sedang berjalan, ini mungkin bermaksud proses itu ditahan kerana satu sebab tertentu atau lain, oleh itu anda perlu memadam fail kunci untuk menghapuskan ralat tersebut.

Mula-mula jalankan arahan di bawah ini untuk membuang fail kunci dalam direktori /var/lib/dpkg/ tersebut:

$ sudo rm /var/lib/dpkg/lock


3. Pemaksaan Konfigurasi Semula

Selepas itu paksa pakej untuk melakukan pengkonfigurasian semula seperti berikut:

$ sudo dpkg --configure -a

Sebagai pilihan alternatif, hapus fail kunci di direktori /var/lib/apt/list/ dan direktori cache seperti di bawah:

$ sudo rm /var/lib/apt/lists/lock
$ sudo rm /var/cache/apt/archives/lock


4. Proses Kemaskini dan Naiktaraf

Seterusnya, kemas kini senarai sumber pakej anda seperti berikut:

$ sudo apt update
Atau
$ sudo apt-get update

Kemudian cuba jalankan pula arahan naik-taraf seperti berikut:

$ sudo apt upgrade
Atau
$ sudo apt-get upgrade

Jika kedua-dua arahan kemaskini dan naik-taraf berjaya dilaksanakan, bermakna masalah telah selesai.

Kesimpulannya: Kami telah menggunakan dua kaedah penting untuk menangani masalah umum yang dihadapi oleh pengguna Ubuntu (dan turunannya), semasa menjalankan program apt-get atau apt.

Adakah anda mempunyai kaedah lain yang boleh dipercayai untuk dikongsi bersama kami bagi menangani ralat seperti ini? Jangan malu dan segan untuk berhubung dan berkongsi dengan kami melalui borang maklum balas di bawah.

Wallahu a'lam
https://itsfoss.com/could-not-get-lock-error/
https://www.tecmint.com/fix-unable-to-lock-the-administration-directory-var-lib-dpkg-lock/
Perhatian: Kami tidak akan bertanggungjawap atas sebarang kejadian atau kesan yang dialami oleh anda dan sistem anda. Segala panduan yang terdapat dalam laman blog ini adalah bersifat ujikaji dan pendidikan semata-mata. Anda bertanggungjawap sepenuhnya atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap sistem anda. Sekian harap maklum.. ~ Admin Malaya Linux
Reactions

Post a Comment

0 Comments