Bagaimana cara membuang kebanyakan font Asia

Pernah tak apabila kau jalankan aplikasi seperti LibreOffice, dan bila tiba untuk buat formating menukar jenis font, kau akan rasa serabut melihat terlalu banyak jenis-jenis font Asia seperti cacing kerawit rupanya hingga kadang kalau kau rasa terganggu dan merumitkan kerja-kerja kau untuk mengedit sesuatu dokument?

Sekiranya kau bukan pengguna font-font Asia, kau mungkin perlu membuangnya. Itu akan membebaskan beberapa ratus MB ruang cakera kau, tetapi yang lebih penting, kotak pemilihan font di Libre Office akan menjadi kurang berkecamuk dan berserabut dengan pelbagai jenis font-font Asia yang kau rasa tak perlu ada pon takpe.


Kecuali beberapa jenis font yang agak penting seperti CJK Fonts (Chinese, Japanese and Korean Fonts) iaitu kanji, hiragana, katakana, hangul, hanja, dan lain-lain. Itu jika kau kerap melayari laman-laman web yang berbahasa tersebut.


Ini adalah cara membuang kebanyakan font Asia

Jadi untuk kali ini aku akan tunjukkan cara bagaimana membuang font-font tersebut dan kemudiannya menginstalasikan font-font CJK yang diperlukan sahaja.

Perhatian: kadang-kala, membuang beberapa jenis font-font Asian berkemungkinan akan menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini! Oleh sebab itulah, selepas kita membuang hampir keseluruhan font-font Asian, kau akan ditunjukkan pula cara bagaimana untuk instalasikan font-font CJK agar tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini ketika melayari laman-laman web berbahasa Cina, Jepun dan Korea. Ini adalah sesuatu yang perlu diingatkan....

1. Jalankan terminal window kau.



Ok, part terminal window ni bergantung kepada jenis distro dan desktop environment yang kau gunakan.

2. Jalankan arahan berikut di terminal kau

Untuk mengelakkan berlakunya kesilapan, cara termudah adalah salin dan tampal (C&P) arahan berikut ke terminal:
sudo apt-get remove "fonts-kacst*" "fonts-khmeros*" fonts-lklug-sinhala fonts-guru-extra "fonts-nanum*" fonts-noto-cjk "fonts-takao*" fonts-tibetan-machine fonts-lao fonts-sil-padauk fonts-sil-abyssinica "fonts-tlwg-*" "fonts-lohit-*" fonts-beng-extra fonts-gargi fonts-gubbi fonts-gujr-extra fonts-kalapi "fonts-samyak*" fonts-navilu fonts-nakula fonts-orya-extra fonts-pagul fonts-sarai "fonts-telu*" "fonts-wqy*" "fonts-smc*" fonts-deva-extra fonts-sahadeva
Tekan Enter. Taipkan password walaupun tidak kelihatan satu titik sekalipun. Kemudian tekan Enter sekali lagi.

3. Untuk memastikannya, taipkan arahan berikut di terminal:

sudo dpkg-reconfigure fontconfig
Tekan Enter.

4. Kemudian reboot komputer kau:

sudo reboot
Akhir sekali: Aku nasihatkan cukup sekadar itu. Jangan kau buangkan font-font selain dari apa yang telah disenaraikan dalam arahan sebelum ini, kerana komputer kau akan berisiko besar bakal mengalami kesan sampingan yang negatif seperti yang telah aku peringatkan sebelumnya!


Bagaimana untuk undo atau re-instalasi font

Seperti yang aku telah terangkan sebelum ini, berkemungkinan dikalangan kamu ada yang gemar melayari laman web berbahasa Cina, Jepun atau Korea. Oleh itu di sini aku akan tunjukkan cara melakukan re-instalasi font-font berikut.

1. Tukar pilihan arahan apt:

Caranya senang sahaja, kau hanya perlu menggantikan perkataan "remove" kepada "install" bagi re-instalasi keseluruhan font-font yang telah dibuang seperti contoh di bawah:
sudo apt-get install "fonts-kacst*" "fonts-khmeros*" fonts-lklug-sinhala fonts-guru-extra "fonts-nanum*" fonts-noto-cjk "fonts-takao*" fonts-tibetan-machine fonts-lao fonts-sil-padauk fonts-sil-abyssinica "fonts-tlwg-*" "fonts-lohit-*" fonts-beng-extra fonts-gargi fonts-gubbi fonts-gujr-extra fonts-kalapi "fonts-samyak*" fonts-navilu fonts-nakula fonts-orya-extra fonts-pagul fonts-sarai "fonts-telu*" "fonts-wqy*" "fonts-smc*" fonts-deva-extra fonts-sahadeva
Tekan Enter. Taipkan password walaupun tidak kelihatan satu titik sekalipun. Kemudian tekan Enter sekali lagi.

2. Untuk memastikannya, taipkan arahan berikut di terminal:

sudo dpkg-reconfigure fontconfig
Tekan Enter.

3. Kemudian reboot komputer kau:

sudo reboot


Instalasikan hanya font-font CJK

Tetapi sekiranya korang hanya bercadang untuk instalasikan font-font CJK sahaja, ikutilah arahan berikut.

1. Jalan arahan seperti di bawah ini

sudo apt-get install language-pack-zh* chinese* language-pack-ja  japan* language-pack-ko korean* fonts-arphic-ukai fonts-arphic-uming fonts-ipafont-mincho fonts-ipafont-gothic fonts-unfonts-core 
Tekan Enter.

2. Untuk memastikannya, taipkan arahan berikut di terminal:

sudo dpkg-reconfigure fontconfig
Tekan Enter.

3. Kemudian reboot komputer kau:

sudo reboot

Selesai.. Wallahu'alam
Reactions

Post a Comment

0 Comments