Cara Mudah Pemasangan Aplikasi Ayat Ke Elementary OS Freya


Applikasi Ayat adalah program cross platform versi desktop yang dibangunkan oleh  KSU - Electronic Moshaf project, yang mana ianya menawarkan kesemua ciri-ciri penuh aplikasi versi online tanpa sambungan internet.

Kelebihan aplikasi ini ialah, ia dibekalkan dengan paparan mushaf Hafs bertajwid dan tanpa indikasi tajwid serta paparan mushaf Warsh. Ia juga dilengkapi dengan Qiraat Riwayat Hafs An Ashim dari aliran Syathibi dan Jazari serta Qiraat Warsh.

Sistem Pengoperasian yang disokong oleh aplikasi ini ialah :
  1. Windows
  2. Linux
  3. Mac OS
  4. Android
  5. iOS

Aturan Langkah-Langkah Pemasangan

Ayuh ikuti langkah-langkah yang diberikan bagi tujuan pemasangan seperti dibawah ini.

1. Muat turun fail aplikasi Ayat

Sila klik pada butan pautan berikut untuk memuat turun fail aplikasi Ayat yang bersaiz 167.6MB di bawah ini:


2. Nyahmampatkan fail tersebut

Untuk menyahmampatkan fail tersebut sila taipkan arahan berikut:

unzip Ayat-v1.4_linux.zip


3. Ciptakan link library

Untuk memboleh aplikasi ini berjalan dengan sempurna, beberapa pautan terhadap sesetengah library perlu dilakukan bagi tujuan penyesuaian, sila ikuti panduan arahan seterusnya:

sudo ln -s /usr/lib/i386-linux-gnu/libgnome-keyring.so.0 /usr/lib/

Kemudian tekan kekunci Enter - sesudah buat pautan seterusnya:


sudo ln -s /usr/lib/i386-linux-gnu/libgnome-keyring.so.0.2.0 /usr/lib/
Kemudian tekan kekunci Enter


4. Pemasangan program Adobe Air

Sekarang mulakan langkah pemasangan program Adobe Air ke sistem pengoperasian mengikut kesesuaian sistem komputer anda, misalnya untuk sistem yang memiliki senibina i386, seperti dibawah:

sudo dpkg -i Adobe Air 32bit.deb


5. Ujian menjalankan program Adobe Air

Jika program tersebut telah berjaya dipasang, cuba taipkan arahan berikut di terminal anda untuk memastikannya:

Adobe\ AIR\ Application\ Installer

Jika anda dipamerkan dengan paparan dialog boxnya, tutup program Adobe Air dengan mengklik butang X atau Cancel. Sekarang kita beralih kepada file Ayat yang telah dinyahmampatkan, kemudian sila klik kanan butang tetikus pada pada pakej Ayat-v1.4.air dan klik pada "Open in Adobe AIR Application Installer".

Setelah operasi pemasangan program selesai, anda boleh mula memuat turun paparan mushaf Hafs dan Warsh serta audio bacaan Quran serta Tafsirnya.

Wallahualam..
Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. salam kenal, untuk sistem 64 bit gimana perintahnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam.. maaf kerena terlewat membalas komen anda.. Alhamdulillah kami telah lama terbitkan artikel berkaitan pemasangan aplikasi ayat pada sistem pengoperasian berbasiskan Ubuntu Linux 64-bit. Sila periksa pautan berikut: https://www.malayalinux.ga/2019/12/installasi-ayat-ke-dalam-os-berasaskan.html

      terima kasih kerana sudi mengunjungi.. salam kenal jg..

      Delete