Bagaimana meningkatkan penggunaan memori sistem bagi menjana kepantasan Ubuntu 18.04

Terdapat dua jenis memori asas dalam sebuah komputer tipikal. Jenis yang pertama adalah ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM), sejenis bentuk storan penyimpanan data dan program-program semasa ianya digunakan secara aktif oleh komputer.

Jenis yang kedua adalah memori dalam sistem pengoperasian moden Linux iaitu ruangan swap atau lebih dikenali sebagai "swap memory".  Memory swapping adalah teknologi komputer yang membolehkan sistem pengoperasian memberikan lebih banyak ruangan memori kepada aplikasi atau proses yang sedang berjalan daripada yang tersedia dalam memori fizikal ingatan capaian rawak (RAM).

Apabila ruangan memori sistem fizikal telah habis digunakan, sistem pengoperasian akan dapat memilih untuk menggunakan teknik pertukaran memori swap bagi mendapatkan memori tambahan.

Fungsi utama ruangan swap adalah untuk menjadikan ruangan cakera sebagai pengganti bagi memori iaitu RAM apabila RAM sebenar telah dipenuhi dan lebih banyak ruangan yang diperlukan.




1. Meningkatkan penggunaan memori sistem (RAM)

Jika sistem komputer anda mempunyai 3gb RAM atau lebih, secara automatiknya Ubuntu tidak akan menggunakan ruang swap kerana ia lebih daripada mencukupi bagi sistem pengoperasian Linux untuk beroperasi dengan agak lancar.

Ruang swap digunakan apabila sistem pengoperasian anda memutuskan bahawa ia memerlukan memori fizikal untuk proses-proses yang sedang aktif dan jumlah memori fizikal yang tersedia (tidak terpakai) tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, halaman yang tidak aktif dari memori fizikal kemudian dipindahkan ke ruangan swap, dan ini membolehkan sistem membebaskan memori fizikal tersebut untuk kegunaan lain.

Tips-tip di dalam ini tidak hanya untuk komputer yang memilik RAM kurang dari 2GB, tetapi ianya juga bermanfaat untuk system yang acah-acah high specs macam notebook aku yang memiliki spesifikasi Celeron N3060 @ 1.60GHz × 2 berserta 8GB Ram. Tetapi jika komputer kau memang betul-betul high specs, maka korang boleh abaikan artikel aku ni. Kerana hanya komputer yang lebih tua dan lambat yang sangat memerlukan peningkatan kelajuan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana caranya, anda boleh meningkatkan penggunaan memori sistem dengan mengaplikasikan tweak-tweak berikut:

1.1. Yang paling utama: mengurangkan penggunaan swap

Pengurangan penggunaan swap memberikan kesan yang sangat ketara pada komputer dengan memori (RAM) yang agak rendah (2gb atau kurang). Ia cenderung untuk menyebabkan sistem pengoperasian Ubuntu menjadi terlalu perlahan, dan Ubuntu terlalu banyak mengakses cakera keras. Nasib baik, hal ini dapat atasi dengan melakukan beberapa tweak yang akan kami sajikan.

Nota: Adakah komputer anda mempunyai 8gb RAM atau lebih? Jika demikian anda boleh melangkau atau abaikan artikel panduan ini, kerana dengan begitu banyak RAM anda mungkin tidak akan melihat apa-apa manfaat dengan menggunakannya.

Pada cakera keras terdapat fail atau partisyen yang terpisah untuk digunakan sebagai "virtual memory", yang dikenali sebagai swap. Apabila Ubuntu menggunakan swap terlalu banyak, komputer akan menjadi perlahan.

Kecenderungan Ubuntu untuk menggunakan swap ditentukan oleh nilai yang dipanggil swappiness. Semakin rendah nilainya, semakin lamalah masa yang diperlukan sebelum Ubuntu mula menggunakan swap. Pada skala 0-100, nilai lalai adalah 60. Nilai ini agak terlalu tinggi untuk penggunaan desktop biasa, dan kadar nilai sedemikin hanya sesuai untuk komputer pelayan (server). Penurunan nilai ini bagi komputer desktop tidak akan memberikan kesan sampingan yang negatif.

Apabila nilai swappiness dikurangkan, kernel Linux tidak lagi berupaya memperbesar cache dengan mengeluarkan aplikasi paging. Tidak kecuali anda mengalami kekurangan memori yang sangat tinggi.

Sekarang bagaimana caranya.

A. Pertama periksa nilai swappiness semasa anda sekarang. Taipkan arahan berikut di terminal atau gunakan teknik salin dan tampal bagi mengelakkan berlakunya kesalahan:

user@home:~$ cat /proc/sys/vm/swappiness
Tekan kekunci Enter.

Anda akan melihat paparan seperti berikut yang mana nilai lalai kebiasaan yang ditetapkan pada kadar 60.

Perhatian: Tatacara pengubahsuaian didalam artikel ini menggunakan aplikasi "Pico" sebagai "text editor", sila baca artikel berikut berkenaan cara menggunakan Pico bagi anda yang masih baru menggunakan Ubuntu Linux.

B. Untuk menukar swappiness kepada kadar penetapan yang lebih masuk akal, taip arahan berikut di terminal anda  (gunakan teknik salinan / tampal untuk mengelakkan kesilapan):
user@home:~$ sudo pico /etc/sysctl.conf
Tekan kekunci Enter.

Perhatian: Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda. Katalaluan yang anda taipkan akan tetap sama sekali tidak kelihatan, bahkan titik sekalipun tidak akan ditunjukkan, ini adalah perkara biasa. Tekan kekunci Enter setelah memasukkan katalaluan anda di terminal.

Sekarang apabila fail tersebut dibuka. Tatal ke bahagian bawah fail itu dan tambahkan parameter swappiness anda untuk mengubah kadar nilai lalai yang telah ditetapkan. Salin kemudian tampal dua baris parameter berikut ke dalam fail:

# Kurangkan penggunaan swap ke tahap yang lebih munasabah
vm.swappiness=10

C. Simpan dan tutup fail tersebut, kemudian reboot komputer anda.


Untuk menyimpan fail tersebut menggunakan Pico text editor, sila tekan kombinasi kekuncin Ctrl + O. Manakala untuk keluar dari aplikasi tersebut gunakan kombinasi kekunci Ctrl + X.

D. Selepas reboot dan login ke desktop, semak kembali nilai baharu swappiness telah ditetapkan pada tatacara sebelum ini. Lancarkan terminal window. Taipkan arahan berikut atau gunakan kaedah copy & paste:

cat /proc/sys/vm/swappiness
Tekan kekunci Enter.

Nilai terkini yang sepatutnya adalah 10.

Nota: Jika and menggunakan cakera keras dari jenis SSD, sistem komputer anda akan mendapat manfaat daripada penurunan nilai swappiness yang besar tersebut. Ini kerana jika terlalu banyak proses "write actions" seperti kerap menggunakan swap akan mengurangkan jangka hayat SSD tersebut. Jika anda menggunakan SSD, saya nasihatkan kadar nilai swappiness ditetapkan kepada 5. (akan datang kami akan membahaskan tip bagaimana mengoptimumkan SSD untuk Linux anda.)

1.2. Jumlah memori yang diperlu untuk menjinakkan "inode cache"

Adalah disarankan agar sistem komputer anda memiliki sekurang-kurangnya 4gb memori (RAM) untuk menjinakkan inode cache.

Komputer yang memiliki 4gb memori, berkemungkinan mendapat manfaat dengan mengecilkan inode cache secara kurang agresif.

Harga yang anda bayar untuk ini, iaitulah item-item tertentu bagi sistem akan kekal lebih lama dalam memori, yang mana ianya mengurangkan jumlah RAM tersedia bagi tugasan umum. Kerana itulah mengapa tweak ini hanya berguna untuk komputer yang memiliki sekurang-kurangnya 4gb memori (RAM).

Sila ikuti langkah berikut:

A. Lancarkan terminal window anda.

B. Kemudian taipkan arahan berikut di terminal (gunakan cara salin dan tampal untuk mengelakkan kesilapan):

sudo gedit /etc/sysctl.conf
Tekan kekunci Enter.

C. Tatal ke bahagian bawah fail tersebut dan tambahkan parameter cache anda untuk mengubah nilai lalai yang tersedia, kemudian salin dan tampal dua baris parameter berikut ke dalamnya:

# Improve cache management
vm.vfs_cache_pressure=50

D. Simpan fail tersebut dan reboot komputer anda.

1.3 Aktifkan zRam jika memori kurang dari 1gb RAM

Apabila komputer anda mempunyai RAM yang sangat sedikit (1gb atau kurang), maka pilihan terbaik untuk merasai kelajuan sistem adalah dengan beralih ke derivatif Ubuntu yang lebih ringan atau dikenali sebagai lighweight Linux distros seperti Bodhi Linux, Peppermint, Zorin dan sebagainya. Tetapi isu kekurangan memori akan tetap menjadi masalah utama bagi prestasi sesuatu sistem yang akan menyebabkan sistem anda menjadi perlahan dari semasa ke semasa. Walaupun kadar nilai swappiness telah dikurangkan menjadi 5.

Jika demikian, anda mungkin dapat memperoleh hasil yang lebih baik dengan cara mengaktifkan modul kernel eksperimen zRam. zRam membuatkan fail swap dikompres dalam RAM anda. Faktor kompresan adalah keuntungan: dengan itu, anda 'menambah' RAM anda.

Perhatian: Sesetengah sistem komputer adakalanya tidak dapat beradaptasi dengan tweak ini dan mungkin menjadikan sistem anda tidak stabil! Oleh itu, jangan gunakannya pada komputer penting.

Harga yang anda bayar untuk ini adalah tiga kali ganda:

- Unit Pemprosesan Pusat (CPU) anda akan dikerah untuk berkerja lebih tinggi, kerana ia mesti mengkompres dan menyahkompres setiap masa.

- Apabila sistem telah memenuhi swap memori, ia akan beralih kepada cakera keras juga. Berserta dengan beban yang berat pada memori RAM yang tersedia: yakni sebahagian memori yang telah dikorbankan untuk swap memori.

- Buat masa ini ia masih merupakan modul eksperimen, jadi tahap kerumitan boleh menyebabkan ketidakstabilan.

Itulah sebabnya buat masa ini, saya nasihatkan agar zRam hanya digunakan untuk komputer memiliki jumlah RAM yang kecil. Walaupun begitu, gunakan ia hanya dalam kombinasi bersama nilai swappiness yang telah ditetapkan ke 30. Tambahan pula, zRam belum sesuai untuk komputer produksi, tetapi hanya untuk sistem komputer ujian.

Anda boleh memasangnya seperti berikut:

A. Lancarkan terminal window. Kemudian taipkan arahan berikut atau gunakan kaedah salin dan tampal bagi mengelakkan kesilapan:

sudo apt-get install zram-config
Tekan kekunci Enter. Taip kata laluan anda apabila diminta.

B. Reboot komputer anda.

C. Lakukan pemeriksaan

Sekarang periksa sama ada ia berfungsi atau tidak dengan arahan terminal seperti berikut:

cat /proc/swaps
Tekan kekunci Enter.

Sekiranya semua telah berjalan lancar, anda akan menerima laporan mengenai satu atau lebih "partisyen" /dev/zram. Itu bermakna zRam telah aktif, dan tiada tindakan selanjutnya yang diperlukan lagi.

1.3.1 Bagaimana untuk mematikan zRam kembali

Apabila anda ingin mematikan dan membuang zRam kembali, anda boleh menggunakan arahan penghapusan khas. Ini adalah cara untuk anda melakukannya:

A. Lancarkan terminal window, kemudian taipkan arahan berikut di terminal atau gunakan kaedah salin dan tampal:

sudo apt-get purge zram-config

Tekan kekunci Enter. Taipkan katalaluan anda apabila diminta; ingat kekosongan paparan ketika memasukkan katalaluan di terminal adalah perkara normal, oleh itu jangan gabra.

B. Reboot komputer anda.

C. Sekarang periksa sama ada penyingkiran tersebut telah berjaya, dengan menaipkan arahan berikut di terminal:

cat /proc/swaps
Tekan kekunci Enter.

Jika semuanya telah berjalan lancar, anda pastinya tidak akan menerima lagi sebarang laporan mengenai satu atau lebih "partisyen" /dev/zram.

Wallhu a'lam


Perhatian: Kami tidak akan bertanggungjawap atas sebarang kejadian atau kesan negatif yang dialami oleh anda dan sistem anda. Segala panduan yang terdapat dalam laman blog ini adalah bersifat ujikaji dan panduan. Anda bertanggungjawap atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap sistem anda.
Reactions

Post a Comment

0 Comments