Pemasangan Aplikasi Ayat Ke Sistem Pengoperasian Berasaskan Ubuntu 18.04 64-bit

Ayat 1.2 in Zorin OS 15.1 Lite 64-bit

Beberapa tahun yang lepas dalam 2015 aku pernah membuat satu panduan berkenaan cara-cara melakukan installasi applikasi mempelajari dan membaca Al-Quran iaitu sebuah applikasi yang dibangunkan oleh  Kingdom of Saudi University iaitu Electronic Moshaf Project yang dikenali sebagai Ayat ke dalam Elementary OS Freya 32-bit, yang mana ianya menawarkan kesemua ciri-ciri penuh aplikasi versi online tanpa sambungan internet.

Kali ini aku akan tunjukkan kepada anda semua bagaimana cara-cara melakukan pemasangan aplikasi Ayat versi 32-bit ke dalam Sistem Pengoperasian yang berasaskan kepada Ubuntu Linux 18.04 dan setakat ini ujian pemasangan aplikasi Ayat ini telah dilakukan menggunakan beberapa Distro lain yang juga berasaskan kepada Ubuntu seperti Zorin OS 15.1 Lite 64-bit dan Elementary OS 5.1 Hera.


Aturan Langkah-Langkah Pemasangan

Baiklah! Tanpa membuang lebih banyak masa, ayuh kita ikuti aturan langkah-langkah cara pemasangannya.
Perhatian: Dalam artikel panduan ini terdapat beberapa arahan yang memerlukan anda untuk menaipkan pilihan-pilihan dan parameter arahan serta nama-nama fail program dan aplikasi yang cukup panjang dan banyak. Jadi, untuk mengelak dari berlakunya kesilapan, sila gunakan teknik salin dan tampal bagi memenuhi kehendak panduan ini.


1. Buatkan direktori sementara

Jalankan program terminal anda. Sebelum memuat turun perisian Adobe Air, ciptakan satu direktori sementara di dalam home direktori anda untuk tujuan proses installasi, caranya taipkan arahan berikut.

user@home:~$ mkdir tmp
user@home:~$ cd tmp


2. Muat turun Adobe Air

Untuk memuat turun perisian Adobe Air, taipkan arahan berikut:

user@home:~/tmp$ wget -O adobe-air_amd64.deb http://drive.noobslab.com/data/apps/AdobeAir/adobeair_2.6.0.2_amd64.deb

3. Muat turun fail-fail berkaitan

Setelah proses memuat turun perisian tersebut selesai, ada beberapa fail-fail berkaitan yang perlu anda install terlebih dahulu untuk menyokong seni bina 32-bit sebelum anda boleh melakukan pemasangan program Adobe Air. Ok, sekarang taipkan arahan berikut:

user@home:~/tmp$ sudo dpkg --add-architecture i386
user@home:~/tmp$ sudo apt update
user@home:~/tmp$ sudo apt upgrade

Jika berlaku sesuatu isu, cuba jalankan arahan seperti dibawah ini untuk menyelesaikannya:

user@home:~/tmp$ sudo apt upgrade --fix-broken

Tekan kekunci Y dan Enter atau taipkan "yes" untuk meneruskan proses upgrade.


4.Pemasangan fail-fail program

Setelah selesai melakukan proses upgrade, seterusnya kita akan melakukan pemasangan fail-fail yang berkaitan seperti berikut:

sudo apt install libxt6:i386 libxmu6:i386 libxaw7:i386 libbz2-1.0:i386 libc6:i386 libgtk2.0-0:i386 libnss3:i386 libstdc++6:i386 libxml2:i386 libxaw7:i386 libxslt1.1:i386 libcurl3:i386 pixmap:i386 overlay-scrollbar:i386 libgtk3-nocsd0:i386 libatk-adaptor:i386 libgail-common:i386

5. Pemasangan Flash Plugin

Berikut kita akan melakukan instalasi Flash Plugin beserta fail-fail dependenciesnya, taipkan arahan seterusnya:

sudo apt install flashplugin-installer libcanberra-gtk-module:i386 libcanberra-gtk3-module:i386 gtk2-engines:i386 libgtkmm-2.4-1v5:i386 gnome-themes-extra gnome-themes-extra:i386


6. Pemasangan Adobe Air

Setelah fail-fail program yang diperlukan telah dipasang, sekarang jalankan arahan berikut untuk memasang program Adobe Air:

user@home:~/tmp$ sudo dpkg -i adobeair_2.6.0.2_amd64.deb


7. Muat turun aplikasi Ayat versi 1.2.0.2

Setelah selesai, muat turun fail perisian ayat_1.2.2-1_all.deb bagi versi 32-bit dan ayat_1.2.0-2_amd64.deb bagi versi 64-bit di https://sourceforge.net/projects/ayat/files/packages-deb/, ke dalam direktori "tmp" anda.


8. Pemasangan aplikasi Ayat

Setelah selesai memuat turun failnya, jalankan arahan berikut:

user@home:~/tmp$ sudo dpkg -i ayat_1.2.2-1_all.deb


9. Ujian menjalankan aplikasi Ayat

Jika tiada apa-apa masalah, bermakna proses installasi telah selesai, dan cuba jalankan applikasinya dengan menaipkan arahan berikut:

user@home:~/tmp$ ayat

Kemudian tekan kekunci Enter atau jalannya dari direktori berikut:

user@home:~/tmp$ /opt/Ayat/bin/Ayat

Kemudian tekan kekunci Enter

Jika tiada apa-apa masalah, anda akan melihat paparan seperti dibawah.


Jika anda mendapati dialog box seperti diatas terpapar di skrin anda, aku ucapkan tahniah. Sekarang sila klik butang I Agree seterusnya anda akan dipaparkan dengan skrin berikut



10. Lakukan penetapan

Pilih bahasa yang anda mahukan, dan anda juga boleh memulakan perisian Ayat melalui butan Menu Zorin OS Lite seperti gambarajah di bawah.

Taraaaaaa!!!!


Allahamdulillah proses installasi telah selesai dan berjaya dijalankan...


11. Pemasangan Fon-Fon Berkaitan

Seterusnya install beberapa jenis fonts arabic untuk mendapatkan paparan tulisan yang lebih baik.

user@home:~/tmp$ sudo apt install fonts-hosny-amiri fonts-hosny-thabit fonts-sil-scheherazade fonts-freefarsi

Wallahu'alam..
Perhatian: Kami tidak akan bertanggungjawap atas sebarang kejadian atau kesan yang dialami oleh anda dan sistem anda. Segala panduan yang terdapat dalam laman blog ini adalah bersifat ujikaji dan pendidikan semata-mata. Anda bertanggungjawap sepenuhnya atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap sistem anda. Sekian harap maklum..

~ Admin Malaya Linux
Reactions

Post a Comment

0 Comments