Khidmat Email Forwarding percuma menggunakan ImprovMX+CloudFlare


Bagaimana mengaturkan pemasangan pemajuan e-mel (Email Forwarding) secara percuma dan mula menghantar serta menerima e-mel melalui nama domain anda secara percuma sepenuhnya menggunakan perkhidmatan ImprovMX.

Rekod MX (Mail Exchange Record) digunakan untuk memberitahu pengirim e-mel pelayan mana yang mengendalikan e-mel masuk untuk domain tertentu. Dengan menetapkan rekod seperti di bawah ini, anda mengumumkan kepada dunia bahawa semua mel untuk domain anda harus diarahkan ke pelayan ImprovMX.

Kebaikan menggunakan E-mel nama domain sendiri dalam Marketing?

Sebetulnya tidak ada salahnya langsung jika kita menggunakan e-mel melalui domain perkhidmatan e-mel percuma seperti Gmail, Yahoo dan sebagainya, akan tetapi saranan terbaik dari kami gunakanlah nama domain anda sendiri sebagai alamat e-mel ketika menjalankan perniagaan online. Terutama untuk kepentingan jangka masa panjang.

Para pelanggan lebih mudah untuk mengingati nama perniagaan kita melalui alamat e-mel melalui nama domain kita sendiri kerana ianya mewakili jenama perniagaan kita. Secara logikanya, setiap orang tentu akan lebih terkesan serta lebih mudah mengingatnya karena menggunakan alamat e-mel akan melambangkan serta mewakili perniagaan kita kerana ianya kelihatan lebih bersifat profesional serta menampakkan kesungguhan dan keseriusan dalam perniagaan. Misalnya menggunakan alamat e-mel pengurus@linuxmalaya.ga kelihatan lebih profesional dan meyakinkan berbanding pengurus.linuxmalaya@gmail.com.

Setidak-tidaknya terdapat 4 kebaikan yang akan kita dapatkan jika menggunakan alamat e-mel nama domain sendiri, diantaranya :
  • Mengatasi masalah Cetak Rompak dan Persaingan
  • Menaikkan Jenama Perniagaan = Margin
  • Multiple Touch Point
  • Menghindari SPAM

Apakah dia ImprovMX?

ImprovMX adalah khidmat pemajuan e-mel (email forwarding) yang mudah secara percuma untuk domain anda sama ada berbayar atau percuma dengan tiada pendaftaran diperlukan. Ianya membolehkan anda membuat catatan yang diperlukan di Zon DNS Master anda.

ImprovMX pada mulanya dibina dan dilancarkan oleh Alexander Tereshkin sebagai cara untuk mengatur pemajuan e-mel dengan cepat dan tanpa mengalami kesukaran.

Ia adalah sebuah aplikasi yang sederhana dalam menyelesaikan beberapa masalah yang mendesak. Pihak pembangun merancang untuk mengembangkan perkhidmatan ini dengan menyediakan peralatan yang luar biasa bagi usahawan di seluruh dunia di samping mengekalkan ciri-ciri percuma  aplikasi tersebut.

Pihak ImprovMX menyediakan dua pelan langganan perkhidmatan, iaitu Percuma dan Premium.

Konfigurasikan ImprovMX dengan domain sendiri

Ok.. Sebelum korang mula melakukan konfigurasi mail forwarding melalui ImprovMX, ada baiknya bagi korang membaca dulu tutorial berkenaan pemindahan domain name percuma korang dari Freenom ke Cloud Flare terlebih dahulu.

Setelah proses pemindahan domain korang selesai, kini ayuh kita mulakan dengan pergi ke laman web berikut ImprovMX di: https://www.improvmx.com

Untuk panduan ini aku akan gunakan domain name linuxmalaya.ga sebagai contoh dalam kerja-kerja pengaturan pemasangan. Lagi satu perkara yang kau harus tahu, bahawa proses pengaturan ini hanya membolehkan kau menerima e-mel melalui alias alamat e-mel nama domain sendiri sahaja, dan bukan menghantar e-mel. Untuk menghantar e-mel menggunakan alias nama domain, sila baca tutorial bagaimana menghatar e-mel melalui SMTP Gmail yang telah dimuatnaikkan.

1. Buat alias untuk pemajuan nama domain ke alamat e-mel.

Masukkan data yang diperlukan seperti nama domain yang anda telah setkan di Cloud Flare dan alamat e-mel yang hendak dimajukan kepadanya seperti contoh gambarajah di bawah ini:
Setelah anda memasukkan nama domain dan alamat emel yang ingin dimajukan, klik butang [ Create a free alias ]. Seterusnya anda akan dipaparkan dengan gambarajah seperti di bawah.

Skrol untuk mengikuti langkah seterusnya.

2. Sambungkan ke papan pemuka Cloudflare anda

Rekod MX ditetapkan di Cloudflare, yang merupakan penyedia DNS bagi domain anda.


3. Padamkan entri "MX" sebelumnya

Hapus semua entri "MX" sebelumnya yang telah anda daftarkan untuk Zon DNS anda, jika ada.

4. Tambahkan entri MX tersebut seperti gambarajah di bawah ini.

Host Value Priority
@ mx1.improvmx.com 10
@ mx2.improvmx.com 20

Klik butang [ +Add record ], pilih jenis rekod MX dan masukkan data-data seperti di atas kemudian ulang bagi kemasukkan rekod kedua.

5. Tambahkan entri TXT ini untuk sokongan SPF

Type Host Value
TXT @ v=spf1 include:spf.improvmx.com ~all

Klik butang [ +Add record ], pilih jenis rekod TXT dan masukkan data-data seperti di atas kemudian klik butang [ Save ].

Pastikan kemasukkan data ke DNS record anda lengkap seperti gambarajah di bawah ini.


Setelah selesai, klik pada butang berikut:

6. Sahkan akaun anda.

Seterusnya anda akan dipaparkan dengan paparan seperti berikut. Sila periksa inbox Gmail anda untuk membuat pengesahan.


Sahkan e-mel anda.


7. Buatkan e-mel alias

Semak maklumat anda seperti gambarajah di bawah, klik pada pautan Email forwarding needs setup untuk memastikan ianya aktif, jika aktif anda boleh membuat alias baharu dan klik butan [ Add ]:

8. Ujicoba menghantar e-mel ke domain name anda

Ok. Setelah siap kita membuat alias baharu untuk domain kita, sekarang buka Gmail anda (menggunakan akaun yang berlainan) dan cuba hantarkan e-mel ke alamat alias e-mel tersebut, seperti contoh pada gambarajah di bawah:


Kemudian buka Inbox E-mel anda untuk memeriksa sama ada mel tersebut sampai atau tidak, jika tidak kelihatan dalam ruangan Inbox, cuba buat carian menggunakan nama domain anda.


Kemudian insya Allah kita akan bersambung ke bahagian kedua, iaitu: Menghantar e-mel menggunakan Gmail SMTP

Wallahu'alam
Reactions

Post a Comment

0 Comments