Menghantar e-mel dengan nama domain percuma anda menggunakan Gmail SMTP


Sebelum meneruskan tutorial ini, ada beberapa perkara lagi yang perlu kita ketahui berkenaan ImprovMX.

Antara ciri-ciri ImprovMX:

  1. Melencongkan ke beberapa alamat
  2. Menangkap semua alamat
  3. Log E-mel
  4. Mengimport pukal domain melalui CSV
  5. Akses API
  6. Menghantar E-mel menggunakan SMTP Gmail
Baiklah! Setelah selesai kita melakukan pengaturan pemasangan ImprovMX bagi membolehkan kita menerima e-mel melalui alamat e-mel alias nama domain bagi akaun e-mel Gmail kita dengan menggunakan perkhimatan Email Forwarding percuma yang disediakan oleh ImprovMX. Berikut kami akan menunjukkan cara bagaimana menghantar kiriman e-mel melalui SMTP Gmail.

Apa itu SMTP

SMTP adalah singkatan kepada Simple Mail Transfer Protocol. Ia adalah satu set panduan untuk komunikasi yang membenarkan beberapa perisian untuk menghantar emel ke seluruh internet di dunia. Kebanyakan perisian direka untuk menggunakan SMTP bagi tujuan penghantaran emel.[1]

Bagaimana menghantar E-mel melalui SMTP Gmail

Sekarang kami akan menunjukkan pula cara bagaimana menghantar e-mel melalui alamat e-mel alias nama domain menggunakan SMTP Gmail.

1. Login ke ImprovMX

Pergi ke laman web ImprovMX dan klik pada butang [ Manage Domain ]


2. Masukkan alamat Gmail anda

Masukkan nama domain yang anda telah tetapkan sebelum ini di ImprovMX atau gunakan alamat e-mel Gmail yang ada tujukan sebagai alias, Kemudian klik butang [ Continue ].


3. Periksa inbox Gmail anda

Sila periksa inbox akaun Gmail anda untuk mendapatkan kiriman e-mel dari ImprovMX bagi aturan kemasukkan ke akaun ImprovMX anda. Jangan lupa memeriksa folder Spam anda.


4. Klik pada pautan yang diberikan

Setelah mendapat kiriman e-mel tersebut, klik pada pautan di bawah yang diberikan dan anda akan dihubungkan secara automatik.


5. Pastikan anda telah mengaktifkan 2FA

Bagi membolehkan metod ini berfungsi, anda perlu mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk akaun Google anda. Sekiranya tidak, ikuti pautan di bawah dan selesaikan dengan segera.



6. Ciptakan katalaluan aplikasi

Google akan mengesahkan pemilikan anda dengan kata laluan aplikasi ini. Pilih "Mail" di bawah aplikasi, dan "Android" di bawah peranti. Klik butang [ Generate ]. Salin dan simpan untuk digunakan kemudian!

Create an app password



7. Masukkan e-mel anda ke Gmail

Pergi ke Gmail > Settings > Accounts and Import. Kemudian pilih “Add another email address” di bahagian Send mail as:.


8. Isi maklumat pengirim anda

Tetapkan e-mel yang diforwardkan (alias anda) dan nama pengirim anda. Kosong (untick) kotak tanda "Treat as and alias", kemudian klik butang [ Next Step ].


9. Masukkan maklumat e-mel anda

SMTP adalah smtp.gmail.com, port [587] sudah betul. Nama pengguna adalah alamat Gmail anda (termasuk @ gmail.com). Kata Laluan adalah kata laluan yang anda buat pada 2 Step Verification. Biarkan TLS diaktifkan seperti sedia ada.


Kemudian klik butang [ Add Account ] dan anda akan menerima e-mel kod pengesahan dari Gmail. Periksa inbox e-mel Gmail anda untuk mendapatkan kod pengesahan yang dihantar ke alamat alias e-mel anda.

10. Sahkan pemilikan

Setelah anda menerima e-mel dari GMail yang meminta anda mengesahkan pemilikan dengan kod. Isi kod yang diberikan ke dalam kotak password di popup modal, dan anda sudah siap!


11. Ujicoba menghantar e-mel dari alias anda

Sekarang anda boleh memilih alamat alias e-mel anda dalam senarai semasa anda menulis mesej baru.


Hasil percubaan membalas kiriman e-mel.


Sekian, Wassalam dan Wallahu'alam

Rujukan:
Reactions

Post a Comment

0 Comments