Installasi Aplikasi Whatsapp Kedalam Elementary Freya

Sebuah aplikasi WhatsApp desktop unofficial (tidak rasmi) yang mudah dan indah telah dibina baru-baru ini, ianya terdapat untuk Linux, Windows dan OS X. Merupakan sebuah aplikasi sumber terbuka (open source) yang tidak rasmi berdasarkan kepada WhatsApp Web.

Selain memiliki ciri-ciri asas seperti, perbualan berkumpulan, menghantar foto dan video, serta perkongsian lokasi, aplikasi WhatsApp desktop yang tak rasmi ini juga memiliki ciri-ciri berikut:
  • Badge dengan bilangan pemberitahuan dalam dock / taskbar OS X dan Windows
  • Pelancaran secara auto bagi Sistem Pengoperasian OS X dan Windows
  • Pemberitahuan secara Native bagi semua platform
  • System tray icon bagi OS X dan Windows
  • Membuka pautan dalam pelayar laman web atau tetingkap baru
  • Keutamaan dalam menu konteks klik kanan atau bar menu bagi OS X, menu tray untuk Windows.

Installasi Whatsapp Desktop Kedalam Elementary Freya

Sebelum memulakan installasi perisian ini, pertamanya ada perlu membaca DISCLAIMER yakni Penafian berikut daripada laman projeknya:
This project does not attempt to reverse engineer the WhatsApp API or attempt to reimplement any part of the WhatsApp client. Any communication between the user and WhatsApp servers is handled by WhatsApp Web itself; this is just a native wrapper for WhatsApp Web, more akin to a browser than any WhatsApp software.
Untuk menginstallnya, pilih untuk memuat turun linux32.deb atau linux64.deb yang berpadanan dengan jenis sistem pengoperasian anda iaitu samada 32-bit atau 64-bit dari pautan dibawah dan kemudian klik kanan pada ikon pakej perisian yang telah dimuat turun dan jalankan installasi melalui Software Center atau Gdebi package installer.



Atau anda boleh menjalankan installasi melalui terminal :

sudo dpkg -i UnofficialWhatsApp_linux32.deb
Untuk isu-isu dan lain-lain maklumat, sila rujuk kepada laman github
Reactions

Post a Comment

0 Comments