Bagaimana Memindahkan Domain Percuma Freenom Anda Ke Cloudflare.


Apa itu Cloudflare?

Cloudflare adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan CDN (Content Delivery Network) yang bertindak sebagai proxy antara laman web dan pengunjung, yang menawarkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dari piawaian asas sesebuah perkhidmatan CDN dengan melindungi aset-aset pelanggan dari aktiviti ancaman jahat seperti serangan DDoS, pencerobohan  dan bot yang berniat jahat. Ini kerana Cloudflare memiliki kemampuan untuk menapis trafik dan mempercepatkan loading serta akses ke sesebuah laman web.

Terdapat dua versi perkhidmatan yang disediakan oleh Cloudflare iaitu Percuma dan Berbayar. Tetapi jika anda hanya perlukan sesuatu perkhidmatan CDN bagi memasang blog peribadi atau perniagaan online kecil-kecilan atau baru berjinak-jinak dengan dunia pembangunan web, maka versi Percuma sudah memadai kerana pada ketika ini Cloudflare telah menjadi antara pengantara antara domain dan hosting yang boleh disifatkan sebagai terbaik pada masa sekarang, oleh itu tidak hairanlah mengapa ramai pereka dan pembangun laman web menggunakan perkhidmatan mereka.

Ok.. Aku rasa cukup dulu sekadar penerangan ringkas bagi para newbie berkenaan apa itu Cloudflare. Kerana dalam artikel ini aku bukan nak buat rebiu keseluruhan mengenai Cloudflare, tetapi panduan bagaimana memindahkan domain name percuma korang dari Freenom ke Cloudflare. Untuk memulakan langkah seterusnya pastikan korang telah memiliki akaun Cloudflare, dan jika tidak sila berdaftar terlebih dahulu di www.cloudflare.com

Dah daftar dan memiliki akaun Cloudflare? Ok.. Kalau macam tu jom kita mulakan sekarang, dan untuk makluman korang panduan ini adalah untuk mereka yang menggunakan khidmat Blogger.

Langkah-Langkah Konfigurasi 

1. Login ke akaun Freenom korang kemudian pergi ke bahagian Services > My Domains.

2. Pastikan domain name percuma Freenom korang tu masih active dan bahagian DNS-nya telah dikonfigurasikan seperti gambarajah di bawah.

p/s: Untuk panduan ini aku akan gunakan domain name blogpod.ml sebagai contoh

3. Klik pada butan "Manage Domain" di barisan domain name yang korang kehendaki kemudian klik pada menu "Manage Freenom DNS" untuk memeriksa kandungan konfigurasi telah ditetapkan sebagai mana dalam siri terdahulu iaitu "Bagaimana mengkonfigurasi domain name percuma Freenom untuk Blogger", seperti gambarajah di bawah.

4. Logout dari Freenom, sekarang login ke akaun Cloudflare korang kemudian klik pada menu "+ Add site" seperti gambarajah di bawah.

5. kemudian masukkan nama domain name korang pada ruangan input box dan klik butang "Add site" seperti berikut.


6. Kemudian korang akan diperlihatkan dengan paparan pemilihan Plan. Ok.. Aku pilih Pelan Percuma kemudian klik butang "Comfirm plan".
Setelah itu proses Quick scan akan berlangsung untuk mengimport rekod DNS domain name korang secara automatik akan berlaku seperti gambarajah di bawah.

7. Jika Cloudflare gagal melakukan proses Quick scan untuk mengimport rekod DNS domain name korang dari Freenom seperti gambarajah di bawah, korang perlu memasukan rekod tersebut secara manual.

8. Masukkan rekod-rekod A, CNAME dan TXT korang seperti gambarajah di bawah.

p/s: Untuk mendapatkan rekod TXT korang perlu login ke http://search.google.com/search-console/ untuk membuat proses verifikasi untuk mengesahan pemilikan domain name korang bagi mendapatkan rekod TXT.

9. Setelah rekod-rekod yang diperlukan telah dimasukkan atau Cloudflare berjaya mengimport rekod-rekod tersebut secara automatik ke dalam konfigurasinya, klik pada butan "Continue" untuk meneruskan langkah berikut iaitu memilih metod pemindahan.
p/s: Ok, di sini korang perlu sedar, kita bukanlah mahu melakukan pemindahan domain name secara total, tetapi kita mahu menggunakan perkhidmatan CDN yang disediakan oleh Cloudflare dengan menukarkan Nameservers dan memasukkan rekod-rekod DNS ke dalam konfigurasi DNS di Cloudflare. Tambahan pula pendafataran domain name "blogpod.ml" pernah mengalami dalam jangkamasa 60 hari terakhir, oleh itu jika aku nak buat pemindahan domain dari Freenom ke Cloudflare akan terhalang buat seketika. Jadi kita teruskan ke langkah ke 10.

10. Pilih "Default method" dengan mengklik butang "Continue with default", kemudian korang akan dipaparkan dengan laman arahan "Change your nameservers" untuk menukar rekod konfigurasi Name Server seperti berikut.
11. Ikuti arahan yang diberikan, sekarang login ke Freenom > Services > My Domains, pilih domain name korang, kemudian klik pada menu Management Tools > Namservers, dan pilih "Use custom Nameservers" dan masukan rekod Nameserver 1 dan 2 yang diberikan oleh Cloudflare ke dalam input box seperti gambarajah berikut.
Kemudian klik butang "Change Nameservers".

12. Setelah selesai, kembali ke paparan tab web browser "Change your Nameservers" bagi akaun Cloudflare korang dan klik butang "Change Nameservers". Setelah selesai korang akan melihat paparan berikut. 

p/s: Jangan risau.. Be cool bebeh.. Jika korang dimaklumkan seperti diatas seperti mesej berikut "blogpod.ml is not yet active on Cloudflare." ini adalah kerana proses pengemaskinian sedang berlaku. 

Perlu diingatkan Registrars atau Pendaftar biasanya memproses pengemaskinian Nameservers dalam masa 24 jam. Apabila proses ini selesai, Cloudflare akan mengesahkan pengaktifan site korang melalui e-mel. Tetapi korang tak perlu risau, jika domain name korang sudah pernah diaktifkan di dalam Blogger dan laman web korang sudah pernah diakses menggunakan domain name percuma Freenom, maka para pengunjung masih tetap boleh mengakses ke laman web korang sekalipon proses domain lookup korang gagal.

13. Ok, setelah beberapa ketika, kembali login ke akaun Cloudflare korang, klik pada ikon profile pada bucu sebelah kanan atas kemudian klik pada menu "Account Home" dan jika korang dapati status domain name korang telah aktif, maka aku ucapkan Tahniah.. Korang telah berjaya.. Ok sekarang klik pada butang nama domain name korang yang berstatus "Active" tersebut.
Kemudian korang akan dapati paparan seperti berikut.
Klik pada buatang "DNS" untuk melihat paparan rekod-rekod DNS domain name korang.
Seperti gambarajah di bawah ini.

Sekian dan wassalam..

Reactions

Post a Comment

0 Comments