Bagaimana mengkonfigurasikan domain name percuma Freenom untuk Blogger


Kali ini aku akan tunjukan cara bagaimana untuk korang gunakan domain percuma Freenom.com bersama Blog korang yang menggunakan platform Blogger atau Blogspot. Ye la kan, macam bosan je semua blog yang menggunakan domain name yang sama iaitu blogspot.com. Apa kata kita belajar memahami cara-cara konfigurasi domain name, samada yang berbayar mahupon percuma.

Baiklah, langkah yang pertama korang nak kena ada domain name percuma dan untuk tutorial ini aku gunakan Freenom.

Setelah berhasil mendapatkan domain name percuma di freenom.com, ko boleh login  login ke akaun freenom anda :

1 Pergi ke bahagian menu Services > My Domains
.
2. Klik pada butang Manage Domain pada senarai domain name yang dikehendaki


3. Pada bahagian menu yang berikut klik pada menu Manage Freenom DNS kemudian masukkan kesemua empat A-records yang menuju kepada IP Google.
  1. 216.239.32.21
  2. 216.239.34.21
  3. 216.239.36.21
  4. 216.239.38.21

4. Login ke akaun Blogger anda kemudian pilih blog yang dikehendaki untuk menggunakan freenom domain, kemudian pergi ke bahagian Settings > Publishing dan pada ruangan Blog Address klik pada pautan + Set up a third-party URL for your blog, dan masukkan nama domain korang, misalnya "www.domainkorang.ga" dan klik butang Save.




5. Selepas korang klik butang Save korang jangan panik apa bila dipaparkan dengan teks seperti berikut pada gambarajah dibawah:

Apa yang korang perlu lakukan sekarang adalah, setkan CNAME korang dengan kembali ke Manage Freenom DNS dan maukkan data yang diberikan seperti gambarajah diatas iaitu setkan Name : www dan Target : ghs.google.com kemudian serta Name : g5bk4fp66vdi dan Target : gv-a46c5yrnmlegsj.dv.googlehosted.com klik butang seperti gambarajah di bawah kemudian klik butang Save Changes.


6. Selepas itu kembali semula ke Blogger dan pada pada ruangan Blog Address klik butang Save dan berdoa agar domain korang telah didaftar dan berjaya disimpan, jika tidak, korang tunggu la beberapa minit atau sejam untuk ulangi proses ini semula.

7. Jika setelah proses diatas berjaya, korang bolehlah login ke Google Search Console di search.google.com untuk proses varifikasikan domain tersebut adalah harta korang. Jadi sekarang setelah login ke search.google.com korang klik pada +Add Property.

8. Masukkan nama domain korang di bahagian Domain dan klik butang Continue, kemudian Copy TXT records ke dalam freenom DNS korang dan klik butang Verify, jika gagal klik butang Back dan masukkan nama domain korang di bahagian URL Prefix dan klik butang Continue.

9. Scroll ke bahagian HTML tag dan copy meta tag yang diberikan kemudian pastekan meta tag berikut kedalam template blogger korang selepas tag <head> kemudian klik butang Save.

10. Kembali ke Google Search Console dan klik butang Verify, dan setelah berjaya divarifikasi, insyaAllah pada masa akan datang aku akan cuba tunjukkan pula bagai mana caranya untuk membuat konfigurasi domain percuma freenom kedalam Cloud Flare pula.
Reactions

Post a Comment

0 Comments