7 Contoh Chmod Command Untuk Newbie


Sebelum ini aku ada mengepos(kampung giler ayat) artikel berkenaan asas-asas command yang wajib diketahui oleh pengguna baharu. Sekarang mari kita update ilmu kita berkenaan beberapa lagi command-command yang penting sebagai pengukuhan dalam memahirkan diri menggunakan linux melalui terminal.

Simbolik berikut mewakili tiga peranan peranan yang berbeza :
  1. u is for user,
  2. g is for group,
  3. o is for others.

Simbolik berikut mewakili tiga kebenaran (permission) yang berbeza :
  1. r is for read permission,
  2. w is for write permission,
  3. x is for execute permission.
Berikut adalah beberapa contoh mengenai cara untuk menggunakan perwakilan simbolik chmod.

1. Menambah satu kebenaran (single permission) kepada suatu fail atau direktori.

Menukar kebenaran(permission) kepada set tunggal(single set), simbol + bermakna menambah kebenaran. Sebagai contoh, arahan seperti berikut adalah untuk memberikan kebenaran melaksanakan atau execute permission kepada pengguna :

$ chmod u+x filename

2. Menambah beberapa kebenaran(permission) kepada fail atau direktori.

Gunakan tanda koma untuk mengasingkan beberapa set kebenaran seperti dibawah :
$ chmod u+r,g+x filename

3. Membuang kebenaran(permission) dari sesuatu fail atau direktori.

Berikut adalah contoh untuk membuang "read and write permission" bagi pengguna.
$ chmod u-rx filename

4. Menukan kebenaran(permission) bagi kesemua peranan sesuatu fail atau direktori.

Berikut adalah contoh bagi menentukan keistimewaan melaksana atau "execute privilege kepada pengguna, group dan lain-lain (secara asasnya sesiapa sahaja boleh melaksanakan fail tersebut).
$ chmod a+x filename

5. Membuat kebenaran untuk suatu fail bersama-sama dengan fail yang lain dengan mengguna opsyen "--reference".

Jika anda mahu menukar kebenaran suatu fail sama seperti fail yang lain, gunakan opsyen "--reference" seperti dibawah ini. Sebagai contoh file2 akan memiliki set kebenaran yang sama seperti file1.
$ chmod --reference=file1 file2

6. Mengaplikasikan set kebenaran bagi kesemua fail didalam suatu direktori secara rekursif.

Gunakan opsyen "-R" untuk menukarkan kebenaran kesemua fail didalam suatu direktori seperti contoh dibawah ini.
$ chmod -R 755 directory-name/

7. Menukar kebenaran melaksana hanya untuk direktori tanpa membabitkan fail didalamnya.

Jika anda mempunyai beberapa sub-direktori dan beberapa fail didalam sebuah direktori, arahan atau command berikut akan menentukan kebenaran melaksana hanya untuk kesemua sub-direktori didalam direktori semasa dan tidak kepada fail-fail didalam direktori semasa tersebut.
$ chmod u+X *

Catitan: Jika fail-fail tersebut telah mempunyai kebenaran melaksana bagi suatu group atau pengguna lain, maka arahan di atas akan menentukan kebenaran melaksana kepada pengguna tersebut.

Paparan Bantuan Chmod Di Terminal.

Jika anda inginkan bantuan pada paparan terminal ketika mengendalikan chmod, taipkan arahan berikut tanpa simbol "$" :
$ chmod --help
Usage: chmod [OPTION]... MODE[,MODE]... FILE...
  or: chmod [OPTION]... OCTAL-MODE FILE...
  or: chmod [OPTION]... --reference=RFILE FILE...
Change the mode of each FILE to MODE.
With --reference, change the mode of each FILE to that of RFILE.

  -c, --changes          like verbose but report only when a change is made
  -f, --silent, --quiet  suppress most error messages
  -v, --verbose          output a diagnostic for every file processed
      --no-preserve-root  do not treat '/' specially (the default)
      --preserve-root    fail to operate recursively on '/'
      --reference=RFILE  use RFILE's mode instead of MODE values
  -R, --recursive        change files and directories recursively
      --help display this help and exit
      --version output version information and exit

Each MODE is of the form '[ugoa]*([-+=]([rwxXst]*|[ugo]))+|[-+=][0-7]+'.

Report chmod bugs to bug-coreutils@gnu.org
GNU coreutils home page: <http://www.gnu.org/software/coreutils/>
General help using GNU software: <http://www.gnu.org/gethelp/>
For complete documentation, run: info coreutils 'chmod invocation'
Reactions

Post a Comment

0 Comments