Elementary OS Freya

Aku dan meninggalkan dunia pengkomputeran hampir 6 tahun atas sebab2 tertentu, dan lebih dari 10 tahun aku telah menggunakan sistem pengoperasian ubuntu linux dan hampir 15 tahun menggunakan pelbagai jenis variasi linux dan unix like os.

Baru2 ini pada hari jumaat yang lepas aku telah membeli sebuah netbook baru iaitu Acer Aspire E3-112m-C39N dengan harga RM 900 dari kenalan lama yang juga ex-supplier aku mr. David. Itu selepas habis aku pusing kedai2 yang menjual netbook dan laptop dan setelah membanding2kan harga, akhirnya harga terbaik adalah dari member sendiri juga.

Netbook lama aku Acer Aspire One akan aku reformat dan serahkan kepada Mak aku insyaAllah. Bolehlah nanti dia gunakan untuk belajar memahirkan diri membaca al-Quran dengan netbook tersebut.

Oh ye.. berkenaan netbook baru aku tu, aku malas nak cerita hal2 spesifikasinya, cuma motif utama aku pilih netbook tersebut kerana, "aku tak nak peningkan kepala" ketika membuat installasi os linux yang baharu nanti.

Tujuan asalnya aku nak menggunakan Ubuntu 15.04, tapi setelah menimbangkan walaupon netbook aku ni baru dibeli, namun spesifikasinya agak kuno skit, yelahkan.. processor pon Celeron N2840 Dual Core, HD 500GB, RAM 2GB DDR3 L. Apa yang aku mahukan adalah sistem pengoperasian linux yang :
  • Simple but not too simple
  • Good Looking Desktop Manager
  • Smart and Slick
  • Fast and Furious
  • Dan semestinya yang mengutamakan ciri2 keselamatan tahap gaban (dalam mimpi jer laa).
Oleh itu setelah lama aku melayari internet aku teringatkan Elementary OS. Siapa pernah cuba try test EOS? Pergh!! paparan memang cun dan mengghairahkan, tapi pada pendapat peribadi aku, ianya belum betul2 sesuai untuk persekitaran produksi, dan perlukan lebih banyak masa dan penambah baikkan untuk menjadi pesaing Ubuntu yang aku gemari, cuma ironiknya, aku sudahpun menginstall EOS ke netbook baharu aku dan menggunakannya untuk kerja2 rasmi dan tidak.. hehe.. nak tengok tak.. simple jek..


Memang sempoi habis, ringan, laju, menarik serta licik, tapi aku tak galakkan untuk newbie or rookie.. kompem nanti pening kepala korang, better gunakan sahaja Ubuntu walaupon agak lembab sikit. So aku rasa cukup la setakat ni dulu.. Idea banyak tapi malas nak menulis.. lama dah stop menulis di blog sebenarnya.. cuma akhir2 ni rindu nak menulis kembali. Hingga berjumpa lagi dilain kali.. nanti kalo aku rajin aku buat review pasal EOS.. kalo takde tu maknanya aku malas ler..
Reactions

Post a Comment

0 Comments